Salam semua.. di sini saya ingin berkongsi tentang "material" kertas yang amat FAVOURITE di pilih jika ingin mencetak FLYER atau BROUCHER.. tetapi ada banyak yg bertanya tentang apakah bezanya SIMILI PAPER dengan ART PAPER ni?
SIMILI PAPER adalah kertas biasa yang biasa dijual di kedai dan biasanya digunakan untuk fotostat. Material ini banyak terdapat dalam ketebalan 70gsm, 80gsm dan 100gsm.. Biasanya, untuk mencetak FLYER atau BROUCHER ini, saya nasihatkan anda memilih ketebalan 80gsm atau 100gsm.
ART PAPER pula ialah sejenis kertas yang lebih tebal , GLOSSY serta amat sesuai untuk mencetak FLYER atau BROUCHER. Gambar dan rekabentuk grafik yang tertera pada material ini akan nampak lebih terang dan sangat cantik.
Namun begitu, terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis material ini. Perbezaan inilah yang menjadikan harga untuk mencetak material ini berbeza di antara satu sama lain. Sekiranya seseorang pelanggan itu ingin mencetak FLYER atau BROUCHER tetapi UNDER BAJET, beliau boleh menggunakan kertas jenis SIMILI ini.
Sekiranya beliau mementingkan KUALITI, maka kertas jenis ART PAPER inilah jawapan nya.
Cuba anda lihat FLYER atau BROUCHER yang anda terima contohnya dari PIZZA HUT?.. cantik dan berkualiti kan?.. gambar yang tertera dekat situ seolah-olah hidup sehingga anda terasa hendak makan.
Pilihan di tangan anda..
#ZuraihanRashid
No comments:
Post a Comment