iklan

Tuesday, October 15, 2013

Kad Nama - Etika Memberi dan Menerima

Kad nama sebagaimana berjabat tangan merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mencerminkan siapa diri anda.
Etika Beri dan Terima Kad Nama Bisnes
Kad nama yang cantik, kemas, berkualiti adalah penting. Namun anda juga perlu memberikan perhatian terhadap etika memberi dan menerima kad nama tersebut.
Ini memberikan kenyataan yang jelas mengenai siapa diri anda samada sebagai individu mahupun sebagai seorang usahawan.
Sebab-sebab Anda Memberikan Kad Nama Perniagaan
  • Supaya orang lain mengingati anda.
  • Supaya orang lain tahu perniagaan yang anda jalankan dan jawatan yang anda sandang.
  • Supaya mudah untuk orang lain berhubungan dengan anda pada masa hadapan.
Kenapa Bawa Kad Bisnes Di Majlis Social
  • Kerana anda tidak tahu bila peluang untuk menjalinkan urusan perniagaan akan berlaku, maka selalulah bersedia.

Etika Memberikan Kad Nama

#1 – Berhemah dan Bergaya
Kad nama anda mewakili diri anda. Hulurkan menggunakan kedua tangan sebagai tanda hormat kepada orang yang anda telah berkomunkasi, atau memperkenalkan diri.
Beri Kad Bisnes Dengan Bergaya
Kesilapan yang banyak berlaku ialah ramai diantara usahawan yang memberikan kad nama mereka kepada sesiapa sahaja termasuk yang tidak dikenali. Kad nama anda bukan flyers.
Jika anda memberikan kad nama anda kepada sesiapa sahaja, anda dilihat seperti cuba menjual kepada seramai orang yang mungkin, dan bukannya untuk menjalinkan hubungan perniagaan yang lebih kukuh dan berpanjangan di masa hadapan.
#2 – Hulur Kad Tepat Pada Masa
Jangan memberikan kad anda terlalu awal.
Contohnya di awal pertemuan atau perbualan. Anda mungkin dilihat seperti terdesak atau mendesak. Ini tidak elok untuk imej anda sebagai usahawan.
Pelanggan suka kepada mereka yang yakin pada diri dan perniagaan yang anda wakili.
Selain itu, elakkan daripada memberikan kad nama anda ketika orang lain sedang sibuk menjamu selera. Ini kerana pada ketika ini biasanya mereka sibuk memegang pinggan atau minuman.
Ini menyukarkan si penerima kerana mereka mungkin perlu membersihkan tangan, meletak minuman atau pinggan dan sebagainya.
Pilih waktu dimana mereka agak santai dan selesa.
#3 – Pastikan Kad Anda Di dalam Keadaan Elok
Sebelum anda memberikan kad nama anda, pastikan ianya di dalam keadaan yang elok, dan yang paling utama ianya tertera nama anda dan bukan milik orang lain.
Selalu asingkan kad nama anda di ruang yang berlainan dengan kad nama yang bakal anda terima bagi mengelakkan anda memberi kad yang salah.

Etika Menerima Kad Nama

Apabila anda menerima kad nama, pegang dan baca seketika apa yang tertera di kad tersebut.
Cara Terima Kad Bisnes
Anda mungkin boleh menyebut nama si pemberi untukmemastikan sebutan yang betul, bertanyakan jawatan atau tugas beliau.
Ini bukan sahaja mencerminkan anda menghormati si pemberi, tetapi mencerminkan kesungguhan anda untuk mengenali mereka dengan lebih lanjut lagi.
Tindakan anda mungkin berakhir dengan menjadi pilihan utama untuk mendapat kontrak bernilai jutaan ringgit.
Elakkan sama sekali menyimpan kad nama si pemberi di dalam kocek seluar, baju atau diselitkan di dalam buku, suratkhabar dan sebagainya. Ini mencerminkan anda tidak begitu menghargai pemberian dan tidak berminat dengan si pemberi.
Bagi sesetengah budaya seperti masyarakat Jepun, menyimpan kad nama yang diberi di tempat sebarangan mencerminkan tanda tidak
 menghormati mereka. Ini kerana kad nama ibarat pengganti diri si pemberinya.
Maka berikan perhatian di mana anda menyimpannya dengan elok dan hormat. Jika anda berurusan untuk mendapatkan kontrak dengan mereka, anda mungkin telah berjaya separuh jalan untuk menawan hati mereka.
Apa yang dibentangkan di atas adalah sebagai panduan bagi memudahkan kita berurusan dengan orang lain.
Sekiranya anda membuat kesilapan atau menyinggung perasaan si pemberi, permohonan maaf yang datang daripada hati yang ikhlas akan melenyapkan ketidak sempurnaan yang dilakukan. Yang paling utama adalah menghormati orang lain sebagaimana anda ingin dihormati.
Kredit: MAJALAH NIAGA

#ZuraihanRashid 
 Co Founder RAJA PRINTING
facebook: MRL  Enterprise

Animasi Proses Cetakan 4 Warna



Ini adalah cara BASIC PRINTING PROSES ye kawan.. Ink 4 warna tu saya kongsikan di bawah. CMYK tu bukan BIRU , MERAH, KUNING, HITAM ye.. warna je nampak sama tapi terma lain..

C - Cyan
M - Magenta
Y - Yellow
K - Black

#ZuraihanRashid
Co Founder RAJA PRINTING
facebook: MRL Enterprise

Perbezaan Di Antara Simili Paper dan Art Paper



Salam semua..  di sini saya ingin berkongsi tentang "material" kertas yang amat FAVOURITE di pilih jika ingin mencetak FLYER atau BROUCHER.. tetapi ada banyak yg bertanya tentang apakah bezanya SIMILI PAPER dengan ART PAPER ni?

SIMILI PAPER adalah kertas biasa yang biasa dijual di kedai dan biasanya digunakan untuk fotostat. Material ini banyak terdapat dalam ketebalan 70gsm, 80gsm dan 100gsm.. Biasanya, untuk mencetak FLYER atau BROUCHER ini, saya nasihatkan anda memilih ketebalan 80gsm atau 100gsm. 

ART PAPER pula ialah sejenis kertas yang lebih tebal , GLOSSY serta amat sesuai untuk mencetak FLYER atau BROUCHER. Gambar dan rekabentuk grafik  yang tertera  pada material ini akan nampak lebih terang dan sangat cantik. 

Namun begitu, terdapat perbezaan di antara kedua-dua jenis material ini. Perbezaan inilah yang menjadikan harga untuk mencetak material ini berbeza di antara satu sama lain. Sekiranya seseorang pelanggan itu ingin mencetak FLYER atau BROUCHER  tetapi UNDER BAJET, beliau boleh menggunakan kertas jenis SIMILI ini. 

Sekiranya beliau mementingkan KUALITI, maka kertas jenis ART PAPER inilah jawapan nya.

Cuba anda lihat FLYER atau BROUCHER yang anda terima contohnya dari PIZZA HUT?.. cantik dan berkualiti kan?.. gambar yang tertera dekat situ seolah-olah hidup sehingga anda terasa hendak makan.

Pilihan di tangan anda..

#ZuraihanRashid

Wednesday, October 9, 2013

:: PROMO BIZ PACK Starter ::

Serlahkan FANPAGE anda dengan REKAAN GRAFIK kreatif ..

Ekslusif untuk anda..

Hanya di MRL Enterprise



:: PROMO Name Card ::

:: PROMO Name Card ::

sah sehingga penghujung Oktober ini..

laju laju hubungi kami melalui cara di bawah

sms/call: 012 5690721 , 019 4142721
whatsapp: 013 3671979
emel: mrl.enquiry@gmail.com


#Zuraihan Rashid


iklan

TEMPAHAN&PERTANYAAN

Nama:
No K/P:
Alamat:
Email:
HP no:
Facebook / Blog / Website anda:
Sebutharga/Tempahan Branding/Rebranding Logo
Kad Nama
Flyers / Pamplet
Kad Kahwin/Kad Jemputan
Stiker/Label Produk
Button Badge/Fridge Magnet
Bookmark
Kalendar/Sampul Duit
Streamer/Banner/Billboard
Letterhead / Sampul / Buku Bil
Buku Nota / Laporan
Kulit Khas Baldu Bersulam
Beg Kertas/Kotak/Pembungkusan
Lain2 (nyatakan)
Sebarang pertanyaan, sila ajukan di sini:
Adakah anda sanggup tunggu reply dari kami?
Dari manakah anda tahu mengenai kami?

This contact form was created by Freedback.